Sahabatku ingatlah!
kita ibarat sehelai kain fitrah,
yang putih bersih,
warnakanlah dengan akidah,
hidup mengalir di muara kalamullah,
belayar ke pulau khaira ummah,
bernakhoda istiqomah..

salam semarak Ramadhan yang pergi..
isikanlah Sawal yang masih berbaki..
dengan mengutip 6 harinya..
untuk mendapatkan setahun berbakti.

hargailah waktu yang berbaki ini
kerana kita belum tentu menjadi tetamunya
Ramadhan dan Syawal akan datang.

insya-Allah jika niat kita 1 kerana-Nya,
Allah akan jemput kita menjadi tetamu-Nya
semoga dirimu dapat merasakan nikmatnya
berada dalam kecintaan ILAHI RABBI
0 Notes
Saturday, March 5, 2011