Hikayat Amir Hamzah.
hey hey hey!!
asalam....
n3 nih mengisahkan sebuah buku yg memang betol best gilew yg aimi bace kat perpustakaan....
best woooohhh!! aimi nak bace yg jilid 2 nyew tapi xde kat perpustakaan larh.... xpe...

Hikayat Amir Hamzah (jilid 1) mengisahkan peristiwa yang berlaku pada abad ke-7 sebelum kedatangan Islam hingga membawa kepada kedatangan Islam. Ia menceritakan kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam bernama Amir Hamzah. Pahlawan yang dimaksudkan dalam cerita ini ialah Saidina Hamzah, pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud menentang tentera Quraisy.



Amir Hamzah luka ditetak Bahaman dan dia dilarikan oleh kuda Asqar Dewa ke tempat seorang pengembala kambing. Malik Bahaman dibunuh Umar bin Hamzah. Asma Peri dan Quaraisy Peri dibawa Amir Hamzah pergi berjumpa Puteri Mihran Negara. Umar bin Hamzah pergi ke negeri Farkhari. Di sana dia digoda dan dibunuh oleh saudara perempuan Zubin. Hikayat ini bermula apabila Amir Hamzah yang menetap di Mekah membenarkan Raja Syadad kembali ke negerinya. Apabila menghampiri Mekah, Raja Syadad berbisik dalam hati, “sekiranya tidak disebabkan Raja Nusyirwan mengutuskan surat menyuruhnya ke Mekah, aku tidak akan dimalukan Hamzah Arab itu. Raja Nusyirwan punca segala-galanya dan aku patut membalas dendam kepadanya.”



Quraisy Peri melihat ke udara, dia ternampak ayahandanya, Amir Hamzah memakai pakaian keemasan yang cantik -cantik, berhadapan dengan semua sahabatnya dan beberapa orang anak bidadari mengelilinginya. Demikianlah kemuliaan yang dianugerahkan Allah kepada dia dan semua yang syahid itu. Selepas itu Quraisy Peri dan Asma Peri serta semua jin yang bersama mengiringi memeluk agama Islam.


aimi dah bace yg jilid 1 punye... dan ianya sungguh besh!!
dan ad banyak nasihat pengajaran tau...

kalau kamu hendak berjumpa dengan jin katakan lah "Demi Sulaiman anak Daud , berdirilah kamu" jin itu akan muncul dihadapan kamu.... kata abdul talib kepada anaknya Amirul Mukminin Hamzah......

Amirul Mukminin Hamzah ialah seorang pahlawan yang gagah perkasa dan akan berjuang untuk Islam.
Beliau jatuh shahid sewaktu peperangan uhud...

Hikayat Amir Hamzah menceritakan perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Amir Hamzah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam. Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalam Sejarah Melayu, semasa pertahanan Melaka dari serangan Portugis, hikayat ini dikatakan telah dibacakan bagi menaikan semangat pahlawan Melayu. Oleh itu ia jelas menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi. Dalam versi bercetak edisi 1987 terdapat 245,273 perkataan di dalamnya.
Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalam Sejarah Melayu, semasa pertahanan Melaka dari serangan Portugis, hikayat ini dikatakan telah diberikan oleh Sultan Melaka untuk dibacakan bagi menaikkan semangat pahlawan Melayu. Oleh itu ia jelas menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi. Dalam versi bercetak edisi 1987 terdapat 245,273 perkataan di dalamnya.
itu jew :)
wassalam
credit to ncik wiki dan uncle google...
bye bye!!



Labels:

0 Notes
Monday, July 25, 2011