"Ecah, ummi datang ni", Kak Puteh memanggil anaknya.Panggilan manja seorang ibu.
Kak Puteh berjalan laju ke katil anak tunggalnya, Siti Aisyah, si kecil comel yang gebu dan putih pipinya.
Kak Puteh bertarung nyawa melahirkannya Siti Aisyah. Satu-satunya cahay mata yang lahir hasil perkongsian hidup Kak Puteh bersama suaminy, Abang Latif, seorang india muslim.
Tiga bulan lamanya Siti Aisyah membesar di hospital. Dia tidak dapat dipisahkan dengan mesin oksigen yang membantu pernafasannya. Sejak lahir dia menghidap satu ketumbuhan di bahagian lehernya dan ketumbuhan itu makin membesar. Dia telah menjalani satu pembedah membuang ketumbuhan tersebut. Namun, ibarat isi yang hidup, tumbuh di bahagian muka pula. Pakar kanak-kanak Pusat Rawatan Universiti Malaya gagal mengesan jenis ketumbuhan kanak-kanak itu.
Wad kanak-kanak telah menjadi rumah kedua Kak Puteh. Tamat tugasan di firma guaman dan mahkamah , dia segera ke hospital berjumpa dengan anak kesayanganya . Abang Latif menjaga Aisyah menyusuri selepas itu setelah dia menamatkan tugasannya di firma yang sama. Rutin mereka , sebelah Abang Latif menjaga Aisyah sementara Kak Puteh ke pejabat.Tengah hari setelah Aisyah tidur, dia akan ke pejabat menguruskan kerjanya. Petang pula , Kak Puteh akan pulang dulu sebelum Abang Latif . Malam selepas Isyak barulah Abang L atif akan sampai menemani Kak Puteh dan Aisyah.
Mereka suami isteri sanggup korbankan apa sahaja demi Aisyah. Kerusi malas , tilam bujang , bantal , dan selimut semuanya ada di sebelah katil Aisyah . Itulah tempat mereka merebahkan diri apabila Aisyah melelapkan mata.
Kadangkala Aisyah merengek kerana sakit yang ditanggungnya . Apakan daya dia tidak memahami apa yang melanda dirinya . Dia hanya mahukan belaian kasih sayang ummi dan walidnya . Itulah yang ditunjukkan Kak Puteh dan Abang Latif sejak Aisyah dilahirkan. Tidak pernah meninggalakan Aisyah bersendirian . Apatah lagi apabila Aisyah membuka mata , dia seperti mengerti panggilan ummi dan walidnya . Dengan wajah yang tidak bermaya , dia membuka mata dan tersenyum memandang wajah umminya .
"Ecah macam mana hari ni?Sihat?Masa untuk makan ubat ", seorang jururawat manja nama Aisyah . Ubat dimasukkan melalui tiub yang dipasangkan melalui hidungnya. Kak Puteh nmemegang tangan sambil Abang Latif mengusap kepalanya .Merengek seketika Aisyah.Memang jelas dia tidak selesa dengan keadaanya. Siapa yang suka makan ubat?
Sudah kering air mata Kak Puteh dan Abang Latif melihat penderitaan Aisyah.
Masuk bulan keempat Aisyah di hospital , Kak Puteh pula disahkan doktor menghidap sakit tulang belakang.Dia perlu lebih banyak berehat.Kak Puteh terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan dan perlu menggunakan kerusi roda.
Kak Puteh tidak pernah menjadikan kesakitan nya sebagai halangan unutk dia terus menjaga Aisyah . Dengan berkerusi roda, dia tetap menjaga Aisyah dan mejalankan tanggungjawab seperti dia tidak sakit. Tidak pernah terlintas untuk dia berehat di rumah atau di atas katil hospital . Apa yang dinantikan adalah sinaran pancaran mata dan senyuman bibir Aisyah . Hilang semua kesakitan apabila Aisyah membuka matanya setiap pagi.
Sambil menjaga Aisyah , Kak Puteh juga menjalani terapi di hospital yang sama . Masa dicuri seketika apabila Aisyah tidur unutk Kak Puteh menjalani rawatan. Masa itu jugalah yang digunakan Kak Putreh mengalas perut dan menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan yang esa. Baginya tiada lagi kuasa yang mampu mengubah takdir melainkan Allah yang kuasa.
Pada suatu hari , Kak Puteh menghubungi suaminya "Walid datang cepat, Ecah kritikal", beritahu Kak Puteh dengan suara serak.
Tekanan darah Aisyah mula menurun dan tekanan nadinya mula lemah.Aisyah segera dikejarkan ke unit rawatan rapi . Doktor mengesahkan ketumbuhannya telah menyekat pembuluh darah. Doktor tidak ada pilihan lain melainkan meminta Abang Latif menandatangani surat kebenaran unutk melakukan pembedahan kecemasan.Lima jam berlaku Aisyah selamat menjalani pembedahan.
Tepat jam lima pagi, Aisyah membuka mata dan merengek . mungkin dia dahaga kerana hampir 24 jam tidak menelan setitik air pun.
Aisyah bertahan sehingga bulan ketujuh.Masuk bulam kelapan , dia mula kritikal semula . Ketumbuhannya melarat sehingga memasuki kawasan otak.Doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana keadaan badannya lemah.
Kak Puteh mula menghubungi mereka yang rapat dengannya. Aisyah sudah dua minggu tidak sedarkan diri . Tiada lagi sinaran matanya seindah fajar pagi.Tiada lagi senyuman bibirnya seindah hempasan ombak di pantai. Aisyah hanya mendiamkan diri dan dadanya naik turun kesan tekanan mesin oksigen.Matanya tidak boleh dibuka lagi kerana bengkak ketumbuhan yang melarat ke kepalanya.
"Kami terpaksa menanggalkan mesin yang dipasang pada Ecah. Sarafnya sudah tidak bertindak balas . Kalau kita membiarkannya lagi, kita hanya menyeksanya sahaja.Biarkanlah Tuhan yang menentukan . Sekiranya selepas mesin ini dibuka , dia mampu bernafas, dia selmat . Jika tidak , itulah takdirnya", itulah penjelasan doktor pada Abang Latif dan Kak Puteh.
Kak Puteh hanya diam di atas kerusi roda nya. Dia tenang menerima keputusan doktor itu . Tiada setitis air mata yang mengalir di pipinya. Sedang yang lain menahan sendu melihat Aisyah . Setelah berbincang , mereka setuju membuka mesin bantuan pernafasan Aisyah.
Lima minit pertama Aisyah dapat bertahan . Namun nadinya semakin lemah dan pernfasannya semakin perlahan.
Tiiiiitttt......! Itulah bunyi terakhir yang didengari dari mesin denyutan jantungnya . tepat jam 10 pagi , hari Khamis 28 April 2004 , Aisyah menghembus nafas terakhir.Kak Puteh hanya berpelukan bersama Abang Latif.
"Senyumanmu membenarkan kata, lirikan matamu gambaran cinta. Keayuan wajahmu ikhlasnya hati , kau genggamanmu nan menggamit jiwa. Kala sedih dikalau penawar penyembuh duka lara.Sedih, pilu bila kau sepi bila kau tiada di sisi. Terasa diri ini hanya tinggal sendiri." Inilah ungkapa tanda ingatan seorang ummi yang merindukan puterinya....
Kak Puteh masih lagi bercuti dan menjalani rawatan bagi sakit tulang belakangnya. Moga Kak Puteh dan Abang Latif akan lebih tabah mengharungi hari mendatang....
Mohd Rusdi Abdullah.
best x citernye?? sedihkan... nih aimi jumpa kat buku 100 Kisah Kehidupan...
kalau nak copy bleh tap kredit aimi tau cuz aimi x search google copy + paste aimi type.... dan mencari dalam bukunye... okay dah lah itu jew oh ye citer nih btol2 tau bukan men2.... bye bye...
Wassalam...

Labels: cecite cecite
0 Notes
Sunday, July 31, 2011
Sunday, July 31, 2011