![]() |
Found this awesome thing on tumblr. |
First of all, Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia.
Balik sekolah terus post ni. Hari inikan hari 1 Malaysia Senamrobik. Hari ini dibuat sekali dengan perhimpunan sebab petang semalam hujan. Walaupun sekolah ada bumbung tapi perhimpunan dibatalkan jugak sebab lelaki solat lambat habis. Hari ini kena solat pukul 5.00pm. Lepas solat pergi terus ke Dataran Seri Akmal a.k.a Dataran Perhimpunan. Cikgu merasmikan majlis guru penyayang. Patutnya masa bulan 5 program tu dah dijalankan tapi tidak dirasmikan. Sekarang cikgu dah tak pakai smiley pin tu lagi. Lepas majlis perasmian, cikgu mempersembahkan cikgu mana yang akan menjadi mentor untuk budak yang terpilih. Majlis mento-mentee dah habis, laptop nak mainkan lagu buat hal. Lepas betulkan laptop nya, guna cikgu lain punya laptop, baru boleh mainkan lagu. Lagu sudah dimainkan, masih lagi takde siapa yang menari. Tunggu beberapa minit baru cikgu-cikgu dan bebudak di depan menari. Tapi, kami dibawah ni bukannya ikut. Tengok je. Termasuk saya. Dia orang kata orang-orang yang berada di atas pentas sedang syok sendiri. Tak sampai 5minit sudah habis aerobic nya. Percaylah takde siapa yang ikut. Habis sahaja manusia-manusia di depan tu menari. Semua orang tepuk dan menjerit-jerit. Memang bingit gila telinga ni. Dahlah kawasan berbumbung memang bising gilalah. Diaorang menjerit-jerit macam orang gila sampai loceng berbunyi lebih kurang 3minit berbingit telinga dengan jeritan diaorang. Loceng berbunyi sahaja, budak sewel-sewel pun tolak-menolak, jerit-menjerit macam orang sewel. Nama pun sewel. Memang paling teruklah. Mesti sekolah korang berjalan dengan lancar dan baik dan taklah seperti di zoo haiwan mengamuk. Itu sahajalah saya dah penat nak mandi dan solat. Dem, esok periksa.
0 Notes
Tuesday, July 10, 2012
Tuesday, July 10, 2012