Assalamualaikum & selamat sejahtera ,
*Batuk* Esok saya kena pergi sekolah walaupun tekak kering , gatal , mencucuk kerana telah terjangkit dari ibu saya yang terjangkit dari ayah saya. Saya telah menjangkitkan abang saya untuk sama-sama demam. Jadi seluruh keluarga saya telah dijangkiti demam kecuali kakak saya yang tidak ada di rumah kerana dia sedang belajar dan duduk di Hostel dia. Malasnya mau makan , ingatkan ibu beli nasi paprik rupanya ayam pecal . Hilang mood mau makan.
Saya suka spam gambar , cuba teka gambar sapa tu. Saya tak mau sekolah tapi dipaksa. Ini tidak adil! Bukan saja ibu , ayah , abang dan saya , kucing saya pun sakit. Kucing saya kena di inject kerana demam. Hebat tak? Hebat kan kuman zaman sekarang cepat merebak. Huwah panas nya badan tapi sejuk! Mau mandi tapi nanti ibu bukannya bagi mandi malam-malam buta ni. Sudahlah itu sahajalah saya mau taip untuk malam ini , sudah pukul 10.11 nak tidur ke? Tidak! Amy tidur pukul 11.00 kadang-kadang 12.00 macam biasa . Bahah. Lupa hendak siapkan choral speaking punya skrip. Saya tukang pencari dan pengubah dan pengedit dan sebagainya.
Hari ini tak pergi sekolah walaupun badan dah sihat tapi cuma tiada mood dan malas. Malas tersangatlah malas tapi rajin tersangatlah rajin kepada benda nonsense. Well , that's me. Bahah. Owh Amy kena get ready for school tomorrow! And kena memorized KHB bab ikan air tawar lah. Malasnya! Ya Allah mana lah tempat aku hendak jumpa buku rujukan KHB Teras 3 Pertanian?!? Memang tak dak langsung ka?? Sapa kat sini Pertanian ? Sila berikan tempat mana ada menjual buku rujukan KHB Pertanian! Huwaa. Mesti kena bebel punya lah kerana , kononnya cikgu nak denda sape yang tak dapat A , eh B pon ok tau cikgu!
B: baik , bijaksana , bagus dan lain-lain. LOL , kesakaian berganda. Itu sahaja.
Wassalamualaikum dan selamat malam.
0 Notes
Monday, March 5, 2012
Monday, March 5, 2012