Sayangnya Allah Pada Perempuan.

Gambar ini hanyalah hiasan semata-mata


Siapa kata jadi perempuan itu senang ?
Nak kena tutup sana, tutup sini .
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising .
Perempuan, stoking pon kena pakai .
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari .
Komfem tak tahan bertutup semua .
Tapi, perempuan cool saja.
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan ?

Siapa kata jadi perempuan tu senang ?
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit.
Nak pergi kelas pon susah.

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit.
Cuba tengok budak lelaki , selamba saja.
Kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit.
Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dgn penyakit tiap-tiap bulan, survive jek.
Sedang sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pun tidak perasan yang dia sakit.
Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Hati ni Allah jadikan lembut betul.
Cepat saja sensitif.

Cuba tengok orang putus cinta.
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa.
Lelaki lepas putus cinta cepat saja pasang baru .....

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan.
Siapa yang paling teruk menangis.
Perempuan kan? Lelaki boleh gelak-gelak lagi.
Lembut tak lembut hati perempuan.
Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki.
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk Dengan Allah.
Diorang cakap, Allah tak adil.
Kenapa Allah lebihkan lelaki.
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami.
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah.
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan.
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai gadis-gadis di luar sana yang bebel.
Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pon'.
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki.
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.
Kesian kan kat diorang.
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang.
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah tak adil.
Persoalannya sekarang.
Betul ke Allah tal adil dengan perempuan.
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya.
Betul, isteri kena ikut cakap suami.
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya.

Tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan.
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri.
Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu.
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki.
Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu.
 MashaAllah, hebatnya perempuan kan.
Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat.
Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio.
Banyak lagu pasal perempuan kan.
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia.
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita tak pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu ?
Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan ?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni.
Perempuan senang nak masuk syurga.
Tengok hadis ni:
 
 "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah dekat perempuan ?
Oh perempuan, sedarlah.
Betapa sayangnya Allah dekat kita.
Betapa cintanya Allah dekat kita.
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah.
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia.
Bayang, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan.
Dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan .
Kita ini seindah permata bahkan lagi indah darinya.
Kita ditutupi pakaian, mutiara di lindungi kerang, kristal dilindungi batu, emas ditutupi tanah.


Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yang sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi?

0 Notes
Sunday, July 8, 2012